SEPULUH WASIAT

SEPULUH WASIAT

Artikel terkait : SEPULUH WASIAT

Bacalah-Renungilah-Kemudian Terus Beramal
oleh Asy-Syahid Al Imam Hasan Al Bana
Apabila saudara mendengar azan, maka bangunlah bersholat dengan segera, walau bagaimana keadaan sekalipun.
Bacalah Al Quran atau tatapilah buku-buku atau pergilah mendengar perkara-perkara yang baik ataupun amalkalah zikrullah dan jangan sama sekali saudara membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tidak berfaedah.
Berusahalah seberapa daya-upaya untuk bertutur dalam bahasa Arab yang betul kerana bahasa Arab yang betul (itu adalah satu-satunya syiar Islam).
Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran kosong itu tidak memberi sebarang apa pun jua kebaikan.
Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tentram.
Janganlah bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.
Janganlah saudara bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring begitu adalah suatu sifat yang sia-sia malah menyakiti hati orang.
Jauhilah dari mengumpat-ngumpat peribadi orang dan juga jauhilah dari mengecam pertubuhan-pertubuhan dan jangan bercakap melainkan apa-apa yang boleh memberi kebajikan.
Berkenal-kenallah dengan tiap-tiap saudara Muslimin yang saudara bertemu dengannya sekalipun ia tidak meminta saudara berkenalan kerana asas gerakan Dakwah kita ialah kasih-sayang dan berkenal-kenalan.
Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu bantulah saudaramu sendiri tentang cara-cara bagaimana hendak mengguna masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri maka ringkaskanlah pelaksanaannya.

Artikel Pencari Inspirasi Lainnya :

0 komentar:

Poskan Komentar

Copyright © 2015 Pencari Inspirasi | Design by Bamz
close